MtcMaxis,MtcCelcom,MtcDigi

0 comments

Sunday, September 26, 2010

Kegembiraan tahap Gaban
Yeah !! MtcMaxis dah habis. MycCelcom pun dah tewas. Ha, tinggal hang sorang ja MtcDigi !! Nantikan hamba pada hari Rabu nanti pukul 9 bertempat di gelanggang perlawanan Dewan Sri Budiman. Huh! Eheh, ape plak la yang aku melalut ni. Ape pulak Maxis, Celcom, Digi ni. Tak....sebenornye MtcMaxis tu paper Library and Information Skills, MtcCelcom tu paper Intro to Law 1, MtcDigi tu paper Government & Politics. Pejam celik, pejam celik, stay up - stay down hari2......dah nak habis semester 1. Sekejapnyer. Tidakku terasa sebagaimana yang selalu aku rasa N dok hadap makan nasi N lauk yang jual kat Dataran Cendekia yang dekat ngan Kolej Mawar haku nih.

So far, alhamdullillah ler aku dapat jawab dengan baik. Walaupon banyak dugaan yang aku harus tempuh macam menempuhi cabaran dekat medan perang tuu! Hehe. Aku harap aku dapat score semuanyer nanti. MtcDigi, tolonglah senang cikit/ciput ko punyer paper. Aku taknak kene repeat dowh. Cam cilake. Aku tak takut dengan ko MtcDigi, aku takut kat bapak aku. Anaiya nanti kalo aku kene repeat balik. Sob sob sob. So pleaseeeeeeeeeeeeeeeeee.. Okok?

Ok, kite masuk story lain. Ha, habis dengan jayanye nanti menjawan eh menjawab paper MtcDigi nanti, 01 hb Oktober nanti aku bakal kehilangan abang tersaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang di dunia ni. :(
Yelah, dah sampai seru, kawin dowh. Wa !!! Xde le tempat aku nak story cerita - ceritun kat dia nanti. Tak bleh dah kitorang nak smackdown nanti macam selalu ( wrestling2..kikiki). No PS anymore, XBOX and what so ever. Tet! Takde dah. Nehhi. Ape pon, aku terime je harakat eh hakikat ( tersasul lak ) yang abang aku dah nak kawin............................................................................ ( 12 harakat tuh)

Orait, sampai sini je. Nanti aku update lagi. Cerita baru. Cerita lama pom okey gak. Nak dengar cerita aku sikit lagi nak kene culik?? Hmm..next entri okey?

Majlis Rumah Terbuka Alumni SMK Seri Kundang

0 comments

Thursday, September 16, 2010


Jam kat henset menunjukkan pukul 08:00 pagi. Alamak, dah lambat nak siap pergi alumni. Janji dengan kawan pkul 08:50 pagi. Aiseyyy...Mana taknye bangun lambat. Tidur pkul 3 semalam. Study law.
So, kelam kabut dbuatnyer. Kakak pulak tiba2 mane ntah angin dia, time tu jugakle dia pun nak mandi.
"Oi..cepat le skit. Orang dah lambat pergi alumni nih." Mundar mandir tak tentu psal depan pintu bilik air.
Kemudian termenung memandang dinding marmar bilik air yang warna oren. Xde keje. :p

Akhirnye, siap gak. pkul 09 suku,..Huahuahua...Nasib baik kawan pun lambat. Se-chemistry betul la. ^^
Alumni nyer xde la grand. Cadang nak buat kat Dewan Orang Ramai kat tempat tinggal tuh. Tapi disebabkan budak2nyer lambat bayor sewa RM500 dewan tu, ha! Amek ko, buat kat kantin sekola jeh. Aigooo....-.-"

Pape pun, first aim datang >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> nak jumpa kawan2 !! ^_____________^ and cikgu ( x dilupekan ). Hoho...Fuh, dari batch 2003 sertai alumni. Sampai la ke tahun aku: 2009. Adoyai, berucap lak tadi mewakili batch 2009. Xpo deh, glamor sekojap. Chewah!!! Haha.

Ni le serba sedikit pictures semasa majlis berlangsung. Kenang - kenangan....^^

Moga2 alumni pada masa akan datang akan lebih baik dan be more unforgettable memory. ^^ Yelah, first time, asalnyer, x berniat pun nak tubuhkan alumni ni. Cuma idea awal nak gather kan 5 orang je. Dah orang add ramai2 kat facebook, maka besarlah para jemputannya. Ape ape pun. WelL doNe to all yang bertungkus lumus menjayakan majlis ni. ^^











Yahudi the Laghanat

0 comments

Monday, September 13, 2010

Panas panas ! tak guna betol ! aku dah memang sebengang bengang hati dengan anjing dunia nih. Tak habis habis nak buat benda yang memang sebodoh bodoh binatang . Sape anjing dunia? Sapa lagi kalau bukan yahudi the lahanat . Sebab apa ? Sebab dorang nie dah berani nak bakar Kitab suci kita Al – Quran. Aisehh..Apahal la nak pergi bakar kitab tue aku pun tak tahu . Macam Kitab tue ada kacau dorang je padahal dorang yang kacau kitab tuh.  Dia ingat bakar Al-Quran nie sama macam bakar kertas a4 paper kot. Kepala hotak lu !
Yang paling aku bengang pasal nie . Bila ditanya ” kalau kitab korang (jews) kene bakar , suke ke tak? ” dan dengan selamber mamber die jawab ” tak , tapi kita hidup di america ” Kepala hotak berjambul ! Ingat duduk America boleh buat sesuka hati ke ape ? Ape dekat america takde muslim ke ? Ape ke bebal sangat Yahudi nie ? Sudah terang lagi bersuluh lagi disuluh pada waktu siang yang Yahudi nie memang saja nak cari pasal.
On September 11, 2010, the extremist evangelical Dove World Church — whose pastor, Terry Jones, has written a book called “Islam Is Of The Devil” — plans to host “International Burn A Quran Day,” when it will burn Muslims’ sacred text and encourage others across the world to do so as well. Churchmember Wayne Sapp has even posted an instructional video that explains how and why to burn the Islamic text.
CNN host Rick Sanchez invited Jones on his show yesterday to ask him about the inflammatory action. When Sanchez pressed Jones about why he would try to anger the world’s Muslims by burning their sacred text, the evangelical pastor replied, “Well, for one thing, to us, the book is not sacred,” provoking laughter from the CNN host.
Jones later went on to explain, “What we are also doing by the burning of the Quran, we’re saying stop, stop to Islam, stop to Islamic law, stop to brutality. We have nothing against Muslims, they are welcome in our country.” When Sanchez asked him how he would feel if Muslims burned the Bible, Jones admitted he wouldn’t like it but emphasized that it was his “right” to burn the Islamic text because “we live in America”:
SANCHEZ: Do you know how many Muslims there are in the world?
JONES: I think there are 1.5 billion.
SANCHEZ: Yeah. I ask you that because that’s a very big number. Why would you want to do this to 1.5 billion people by burning their most sacred book? That’s crazy.
JONES: Well, for one thing, to us, the book is not sacred.
SANCHEZ: But it is to them, it’s sacred to them. [...]
JONES: What we’re also doing by the burning of the Quran on 9/11 is we’re saying stop. Stop to Islam. Stop to Islamic law. Stop to brutality.We have nothing against Muslims, they are welcome in our country.[...]
SANCHEZ: How would you feel if a Muslim said to you, what you just said to them? I have no problem with you Mr. Christian, you’re welcome in my country, but I’m burning your Bible.
JONES: I would not like it. But it’s our right. We live in America!
Aku rasa aku perlu sebarkan benda nie untuk semua muslim . Korang yang tengah baca entry nie kalau boleh forwardkan dekat orang lain . Biar kecik je usaha nie tapi kalau nie pasal nak mempertahankan hak islam . Ingat la yang korang tue tengah berjihad di jalan Allah.Jangan biarkan muslim ditindas !and for the Jews. You **** !! (ops..)

Serumpun

0 comments


"Ahli Parlimen Indonesia mahu Malaysia minta maaf" -Berita Harian

Dan jawapannya,

"Malaysia tidak akan meminta maaf" -Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman

Aku tak terkejut dengan kedua-dua kenyataan di atas. Seperti yang aku jangka.

Pada awalnya, aku tak faham mengenai isu ini. Mula-mula aku terkejut apabila aku membaca akhbar atas talian, bahawa Rakyat Indonesia merusuh dihadapan kedutaan Malaysia di Jakarta. Mereka membakar bendera Malaysia, melontar najis ke dalam kedutaan, dan sebagainya. Jadi, aku cuba mencari punca perkara ini berlaku. Aku percaya mereka bukannya merusuh tanpa sebab. Selepas aku google, aku dapati masalah ini berpunca daripada pencerobohan dua orang pegawai maritim Indonesia ke Perairan Malaysia.

Disebabkan oleh 3 orang pegawai ditangkap, mereka merusuh sebegitu rupa? Aku rasakan hal ini bukanlah satu-satunya isu yang mereka 'panas' terhadap Malaysia.

Aku berpendapat, peristiwa penangkapan 3 orang pegawai ini hanyalah satu alasan bagi mereka merusuh. Sebenarnya, rakyat Indonesia memang kurang berpuas hati dengan Malaysia dalam pelbagai perkara, Sejak konfrontasi dahulu. Dan aku juga berpendapat, ada pihak ketiga yang melakukan provokasi kepada rakyat Indonesia.

Jadi, kita tidak seharusnya melenting sehingga menyatakan pelbagai kenyataan-kenyataan yang kurang matang seperti perang, yang berbaur ancaman, dan sebagainya. Hal ini hanya akan menunjukkan Malaysia sebuah negara yang kurang demokratik. Pedulikan apa yang mereka lakukan. Takkanlah kita diberi tahi, kita mahu balas dengan tahi? Tidak bertamadun. Nabi dahulu pun tidak membalas buruk terhadap kaumnya. Siap berdoa lagi. Lebih baik kita balas dengan sesuatu yang lebih baik. Jadi, negara-negara lain akan lebih menyanjung Malaysia..

Bila Cakap Pasal Kaum Kan......

0 comments
Apabila aku cakap soal kaum, ramai yang menganggap aku cuba untuk memperjuangkan kesamarataan di Malaysia. Itu merupakan persepsi orang terhadap aku. Tapi, kali ini aku cuba untuk menjauhkan entri ini daripada bercerita tentang hak. Kali ini, aku mahu menyentuh sedikit sebanyak tentang perkauman.

Acap kali aku mendengar pelbagai suara yang berbaur perkauman dalam kalangan masyarakat tidak kiralah kaum apa sekalipun. Kita membeza-bezakan antara satu sama lain. Ada yang cakap (ini merupakan apa yang aku dengar, bukan niat untuk membangkitkan isu) kaum Cina, dan India merupakan kaum pendatang, Melayu merupakan 'tuan rumah' di Malaysia, dan macam-macam lagi. Selain itu, kebanyakan orang Melayu telah dididik untuk mengatakan bahawa jika kaum lain diberikan apa yang mereka mahu, mereka akan memijak Melayu. Ada juga kaum lain yang di'suap' dari kecil dengan kata-kata "kita ini bukannya Melayu, kita kena berusaha lebih dari mereka."

Secara peribadi, bagi aku kenyataan-kenyataan sedemikian sebenarnya tidak relevan kerana hal tersebut hanya akan menimbulkan amarah kepada pihak yang lain. Tidak mustahil 'sesi pembalasan dendam' akan berlaku di kemudian hari. Selain itu, bukanlah salah kaum itu kerana dilahirkan di Malaysia. Bukan kehendak mereka pun. Dan bagi aku, tiada sesiapa merupakan pendatang dalam kes ini. Semuanya 'tuan rumah' (kecuali pelancong la).

Jadi, aku rasa lebih baik jika kita sebagai rakyat Malaysia tidak membeza-bezakan seseorang mengikut rumpun kaum. Hormat antara satu sama lain dan anggap sebagai sahabat. Sambil makan Mamee Sllrrrp bersama. Aku tak rasa itu salah. Dan yang paling penting sekali, cuba hapuskan konsep tuan dan pendatang tersebut.

Tentang Kapitalisme

0 comments
Tak lama dulu, Perdana Menteri mengumumkan pengurangan subsidi bagi gula, minyak dan sebagainya. Alasannnya ; tidak logik kerajaan habiskan berbillion-billion ringgit setahun untuk subsidi. Kesannya mungkin boleh menyebabkan Malaysia jatuh bankrup (Hasil analisa yang telah dijalankan oleh Dato' Seri Idris Jala).

Hal penarikbalikan subsidi ini mungkin memberikan impak positif kepada kewangan kerajaan. Tapi sejauh manakah impak positif kepada rakyat? Penarikbalikan subsidi bukan sahaja agak membebankan, malah ia akan menyebabkan kesan berangkai terhadap produk-produk lain. Golongan atasan mungkin tidak rasa akan perubahan ini, tapi golongan pertengahan dan miskin sudah pastinya tertekan.

Namun, ada perkara yang sedikit menghairankan aku. Sedang Jabatan Perbendaharaan Negara sibuk mengira cara untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan, tiba-tiba keluar berita bahawa cukai Buggy dimansuhkan. Paling aneh. Padahal semua kaki golf tu kaya raya.

Kemudian, timbul pula cerita pembinaan Istana Negara baru yang dengar ceritanya memakan kos sebanyak RM800 Juta. Tambah-tolak dengan jalan, jambatan semua tu, cecah RM1 Billion (belum masuk "salam keruk" lagi).

Tak cukup lawa lagi ke?

Then pastu, keluar pula surat khabar, "Belajar berdikari, bukan terima bantuan kebajikan semata-mata", kata PM (Link) yang sememangnya ditujukan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Jadi, proses lah sendiri maklumat-maklumat di atas. Kaitkannya dengan kapitalisme. Anda rasa Malaysia dah cukup kapitalis ke belum?