Kau dan aku

0 comments

Thursday, October 21, 2010

i miss my friends :)

This post is dedicated to my beloved friends:
- Raihana
- Anis
- Su
- Atin 

This is a SHOUT  for all :  
KORANG TAW TAK WAN RINDU SANGAT2 KAT KORANG ?? !

Huhu, menggila sekejap.

To Anna, congrats for your exam result for this semester.

To Anis, good luck for your exam. I know you can do it. :)

To Su, same goes to you. Good luck. Result korang mesti gempak. Budak matrik katakan..

To Atin, good luck for the interview.



ANACONDA  :p

This is my friend sejakkkkkkk tadika. Alhamdulillah, dua2 dah besor ( takkan tak beso2 kowt, bodoh betul ! ). Ni le kawan ak yang suka gadoh, yang jatuh beskal akibat terlanggar pasu bunga di tepi jalan setelah ak merempit dari ats bukit, yang pakat ngan ak nak jadi detektif la kononnye, yang ikut ak pi ngintip tasik kat Kg. Permata (nama tempat kitorang) pastu lari lintang pukang sebab ada anjing, yang kalah teruk bila lawan badminton ngan ak, yang jadi cover ak bila ak terjerit jumpe ayam (ayam hidup, bukan ayam kepsi), yang suka sakat ak pasal Mr. Os ( citer dulu2), yang dongar ajolah bile ak citer pasal Naruto 24 kali sehari (p/s: ak peminat fanatik Naruto). Rumah kitorang takdela jauh mane pun, selang tiga buah rumah pastu lintas jalan raya, dah sampai. Sweet moment la bile ingat kembali mase kitorang kecik2 dulu. Tak sangka still contact ( memang le, rumah dekat. ape la..). Apepon, friend forever rite..? Yeah !
Do you remember ?
Equation chemistry: WAN + ANA = FRIEND FOREVER

ANIS a.k.a FERRARI

Yang pakai spek tu Anis. Di sebelahnyer adalah assistant beliau, Adhwa 
(Marah Adhwa kalo dye dapat taw nih). Anis, happening gurl sejak ak mengenalinye. Tingkatan 2 tak silap ak, first time kenal dye nih. Seorang yang humble. Fanatik gler dengan Korea. Jumpa orang Jepon, lagi la excited. Sekarang kat KMS, amek Sains Mati Hayat. Sekali dengan Suriati. Kalo x, ak pun join sekaki dengan diorang. Tapi, matric..alamak beb, x boleh bawak la. Lebih2 lagi jurusan yang ak dapat Sains Mati Hayat. Prefer Sains Mental Fizikal actually.Ok, balik ke pangkal jalan, korang ingat tak ader post yang ak ceritakan ader member datang tolong bagi semangat time ak down gler waktu latihan kawad kaki. Beliau lah tu. Kalo xde dye, dah lame ak chow balik rumah. Malas nak masuk kawad. Muahahahaha. Menci menci menci kawad !! Tet !! Nehhi !


SU SO SWEET


Suuu...miss you so much ! Tahniah for your CGPA for midsem !! Final mesti gempak lorh..Ingat lagi, kenal Su ni mase sekolah rendah. kat Sekolah Agama An - Nur tak silap. Simple je nak describe Su nih. Hehehe. Dye ni diam2 ubi berisi. Susah nak nampak marah. Banyak kali ak buat bende jahat nak tengok muka dye marah caner ( Jahat kan ak ? :P ) Tapi, kadang2 evil jugak dye nih. Ader jugak tanduk 2 rupanya. Thanks for all your lovely card for Hari Raya and op kos my Belated Day. So cute  ! Untuk video FRIEND kat fb pun i want to say a big terima kasih. Lovely. Bile la agaknye kita dapat jumpe lagi ek? Last jumpe mase Raya. T_T
SMS jangan cakap la. Haram..........Tak guna gak ader alat komunikasi. (Tachink lak ak nih. Pergh..).


FATIN DARLIE


Fatin a.k.a senyuman DARLIE. Pling3. Ni atin. Post yang lepas ader gambar dye. :) Suke kawan dengan Atin sebab dye pandai buat lawak. Dan tak banyak songeh. Contohnye, mase sekolah menengah dulu aku suka suruh dia buat sushi. Dia ni amat pandai memasak. Kalau berniaga mesti laku. Hehe. (Kalo dye bace entry ni mesti kembang kempis hidung dye. Muahahaha). Dia ni pun tak kurang hebatnye bershopping. Kaki jalan katakan. Kalau dengan aku pergi shopping mesti ngam la. Enjoy. Tak macam lelaki, sekejap je berjalan - jalan kat mall. Tengok jelah pon abang ak si Musa tu, kalo jalan - jalan ngan dye tak best. Nak cepattttttttttttttt jek. Baru nak pilih baju dah kate, " Wan, dah ke belom..? " Haish. Eh, citer pasal abang ak lak buat ape. Ok, Atin ni pon susah ak nak tengok dye marah. Segala bende yang berlaku dekat dye, dia enjoy je, cool je. Tapi, dye ni senang tachink. Especially bile tengok drama cinta Korea, sad ending la kononnye. Tambah lagi hero dye yang diorang kate cuuuuuuuuuuuuuuuuuuuute tu. Bagi ak, jambu la weh ~ Ngeeeeeeeeeeeeee. ;P Kecuali Rain ! Haha.

Cikgu Binatang

0 comments

Monday, October 18, 2010




BETONG: Seorang guru sukan sekolah menengah di Spaoh dekat sini, ditahan polis petang kelmarin, selepas didakwa cuba menyebarkan gambar bogel teman wanitanya yang kini sedang menuntut di Tingkatan Enam di sekolah tempat suspek bertugas.

Suspek yang pernah menjadi guru kepada mangsa dipercayai menjalin hubungan cinta dengan anak muridnya itu sejak 2008 dan mengugut menyebarkan gambar yang dirakam setiap kali mereka mengadakan hubungan seks selepas mangsa mahu memutuskan hubungan.

Menurut sumber, suspek, 34, menghantar SMS ugutan kepada mangsa berusia 18 tahun, sama ada membatalkan niat memutuskan hubungan mereka atau gambar bogelnya akan disiarkan dalam laman sosial, Facebook.

“Suspek ditahan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Betong selepas mangsa membuat laporan polis petang Isnin lalu akibat tidak tahan diugut.

“Hubungan seks antara suspek dan mangsa mungkin berlaku atas dasar suka sama suka, namun perbuatan suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sebulan, mengugut mahu menyebarkan gambar bogelnya menyebabkan mangsa ketakutan.

“Suspek dikatakan merakam aksi mereka mengadakan hubungan seks setiap kali bertemu dengan mangsa di rumahnya. Mangsa turut mendakwa diugut sekiranya enggan mengadakan hubungan seks dengan suspek,” katanya.

Difahamkan, selain mangsa, guru lelaki yang berasal dari negeri ini, turut mempunyai hubungan dengan beberapa wanita lain berdasarkan beberapa gambar bogel wanita lain dikesan dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai yang dihubungi Berita Harian, mengesahkan suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan selepas menerima laporan dari seorang pelajar.

Kes itu difahamkan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun. [BH]

Note: Yang aku pelik, berdasarkan laporan akhbar kat atas ni, kes tersebut hanya disiasat di bawah Seksen 507 Kanun Keseksaan yang hukuman maksimomnye penjara 2 taun. Walhal cikgu sial ni dah buat hubungan seks haram dengan mangse sejak mangsa berusia 16 taun.

Asal lak cikgu ni tak didakwo bersame-same dengan Seksen 376 Kanun Keseksaan yang bleh sabitkan dia dengan parang kesalahan merogol gadis di bawah umoq? Kesalahan yang bleh bawak hukuman penjare ssampai 200 20 tahun dan sebatan. Haish. Tak aci, tak aci. 






Suke Nama Jepon

0 comments

Sunday, October 17, 2010

Kalau yang dok boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak
asyik fikir POLITIK, REFORMASI dan lapar dahaga sahaja, apa kata kita
berhibur cikit dengan lawak nama jepon ni.



01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI sweat.gif


SETAN MANE LA NIE :P

Surat Dari Bapak Gf Kepada Gf Punyer Bf

0 comments

Thursday, October 14, 2010



Kepada Bf anak aku, 

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.

Wow, its My Brother punYer Wedding La.

0 comments

Sunday, October 10, 2010

Huhu, kalau dah sampai masE nak kawen tu, kawen jugak kannnnnnnnn...
Itu lah hidOp ni. Dari kecik masuk tadika, besor sket masok sekolah rendah, dah remaja masok sekolah
menengah, masuk U n kaweeeeeeeeeeeeeeeeeeeen. Eh, keJo dulu. Hehehe, then baru kawen!Ok, pastu dah tua and lastly masok kubur..Kan kan kan? Am I ryte?
Dulu, orang panggil adik, dah had sampai masenyer orang panggil opah @ atok. Hahaha. Hidup ni berputar. Simple je.So, enjoy dan manfaatkanlah. Amboi, mukadimah nyer aku punye entri kali niE. Ala, ape salahnyer.
Takde pulak ak jumpa mana2 Artikel dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menghalang aku berkato sedemikian rupe. Kehkehkehkeh.


Hmmmm, suasana meriah jangan cakap la, orang kawen , mestilah meriah. Lebih - lebih lagi mulut2 mak cik ( yang ader gigi and yang xde GIGI ) niE, ader aje celotehnye. Ader aje story-story yang nak di-storykannye. Citer diorang kawen mase muda2 dulu2 la, hantaran kawen pakai tin sardin la (ak tipu je..Hehe), tayar pancit time nak datang rumah orang kawen la (Ha, yang ni betoi ! Ak tarak tipu). And macam2 lagi la. Tapi, memang tak kering gusi n lidah la diorang ni. Ak yang dok memerhatikan depa ni pun boleh ketawa gak dibuatnye.


Ak ada 9 orang adik beradik ( ramai oooooooo...), yang kawen ni abg ak no.7, ak yang ke-8. Haaaa....mulolah orang yang datang kawen, cakap bende nih:
-------------------------> Wan bile pulak?
-------------------------> Alaaa...tahun depan Wan pulak kawen, penatnyer. Wan kawen kat hotel taw, tak susah kitorang nanti. (Ermm.....helo.....?)
-------------------------> Ooooooooo..ni la yang no-8 nyer. Nanti Wan pulak kawen...(sambil mak cik yang tengah cakap ni tersengeh and menepuk - nepuk bahu ak...) =.="
Dalam hati ak: TAKDE BENDE LAEN KE NAK CAKAP ????? ALAHAI..
Ok, hari ni ak memang la kene bahan habis - habisan. Takpe, doa tu..Wakakkakakakakaka.


Tapi yang tak syiok nye, kawan2 ak pun sekali mengenekan ak....Alahai...ape2 je le korang ni. Nak bergambor dengan kawan pun semacam je. Tak caye? Tengok ni.


Hang pa tengok, senyuman tak ikhlas tu, mata cam nak cekik orang je. Hahaha.
(Nie Atin, kawan since skola rendah)


Nama kakak ipar terbaru ak ialah Fatimah. Panggil Kak Tim. Seorang yang happy- go - lucky, rocker kadang2 ( :p ), mengambil jurusan akaun peringkat degree ( bulan november tahun 2011 habis dah pengajian dye). N yang paling best, same tempat belajar kitorang ni. Kat Uitm Shah Alam. Best gler. Kitorang minat same. Suke karaoke. Tapi, perbezaan yang aaaaaaaaaaaaaamat ketara antara kitorang ni ialah.....
------------------> Ketinggian. Hahahahaha. Ak tinggi, dia kurang tinggi. Memang nampak sangat la. Dia kecik pun, seorang yang bravery tau. Ak ni penakut n senang terkejut. Harap je tinggi. Hampeh........


Ape pun ak ucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada Fatimah and Musa ( TIM-MUS ). Semoga berbahagia hingga ke akhirnya. Selamat selamat.........



Dulu - Dulu..~~~

0 comments

Thursday, October 7, 2010

Ha!! Yello....huhuhuhu....Banyak mase lapang nih...Blog untuk di ------------>updatekan timeeeeeeeeeee....Eh2, nanti jap, Assalamualaikum~ Ha..baru betul...


Entri kali ni, aku nak ceritakan waktu aku sekolah dulu2...Hmmmmmmmm...First!
Cekolah Ku..yay!


Ni sekolah aku punyer------> papan Name (ak panggil camtu)
Tu lah sekolah ak, malas la nak upload bebanyak, cukup la tu, kan...hehe
But, ble ingat sekolah tu, bende first yang ak ingat, sampaiiiiiiiii sekarang, ialah:
-----> MR K a.k.a Cikgu Kamarul, dia cikgu disiplin ak laaa....juga cikgu yang mengajar ak matapelajaran Sejarah. Memang syiok gler la dia mengajar. Selalu ingat Sejarah ni bosan, tapi dia ajar memang tip top!! Thumb up!! Yeah.
Hohohoho, banyak jenayah yang ak n member2 buat yang dia tak tahu. Pro katakan. Chewah !! Sorry cikgu, kitorang memang jahat sikit ( jahat banyak sebenarnye..heeeeeeeeeeeeeee).


Kat sekolah, bler tibenye hari Sokan, mula lah member2 team Rumah sukan ak ( Rumah Redang). P/S : Diejek Rumah Rendang..??!! Hahaa. Common la tu time sekolah. Eh, sambung ke jalan benar, mula lah member2 aku try herot ak masuk acara lumba lari. Mulalah ader bunyi2 yang bertaranumkan ini :
1) " Wan, masukla lumba lari..Xde orang ni.."
2) " Wan, __________________(member lain)  takleh masuk la, kau la masuk."
3) " Wan masuk lari 100 meter ea...", kata cikgu. Aku pun.." ye~ "  =.="
4) " Wan, kau ganti tempat ak, ak takleh laaa...."


Dan, akhirnye.....aku pun................
X masuk!!! hahahahaha. Bagai alasan aku bagi. Option ke-3 tu, ak cakap la ak sakit kaki, doktor tak bagi lari. Bukan pe, ak x suke la lari sampai nak mampos ble sampai garisan penamat. Fuh! Tak mau ak ingat time dulu2 mase aktif masuk lumba lari, nak separuh mati..Tidak2.. nehhi.


Tapi, xbermaksooooooooood ak tak take part langsung. Kalau hari Sokan, ak masuk LOMPAT JAUH  dengan LONTAR PELURU ( rase nak PATAH tulang tangan hangpa taw.) >.<" kikikikikiki....


OK, lupekan Sokan, hmmmm.....(2 jam kemudian).
Ha!! ( Terpancar mentol atas kepale)
Aku tak suke kawad kaki. Seriously. Pernah dulu ak masuk kawad kaki untuk Puteri Islam (Putera takde pulak ea?). Dan ak saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat benci tahap GIGA. Ak masuk dulu pun sebab nak sijil. Tu je aim dia sebenarnye, Nak kumpul markah untuk kokurikulum. Pernah sampai satu tahap aku give up nak teroskan latihan kawad kaki, (sampai menangis pun ader gak. )--------------> he3, cam dak kecik.heeeeeeeeeee. Tapi betol laaaaaaaa...nak nangis nak buat caner, naceb baik le ader member datang tolong bagi semagt.. Chewah!!!!!!! Heroin ko mase tu...(Hero takde ye...) :p
Dulu, ak memang respect la dengan kawad kaki team Polis. Diorang memang handal la. Tapi, lani ta tau la pulak kan..Dulu, dowunk le yang menggondol gelaran juara bila ader pertandingan kawad kaki baik peringkat sekolah, zon, darah eh daerah mahupon antara kadet.


Lawanyer...........Langit tue
                                         




Adoyai...sakit mate la plak. Takleh ngadap lappy lame2..Banyak lagi bende yang ak nak story ni..Next time, ak sambung k..Katil dah memanggil tu...Jap ea..Sat laie ak buat peta kat bantal.
Orait, bye. Salam. ^_^

Holiday Timeeeeeeeeee !! Yeah. ^^

0 comments

Saturday, October 2, 2010

Whoah~~
Cuti selama 6 minggu. Lame tuh. Nak buat ape pun tak tahu. Rase cam nak keje part time je.
Boleh earl eh, earn duit. Macuk poket. ;)
Sambil update blog ni, sambil tengok adik main PS + dengar lagu. Boringnyerrrrrrrrrrr..... :(


Semalam majlis perkahwinan abang aku. Hari sebelumnya akad nikah. Belum upload gambar lagi la.
nanti bile dah upload, aku letak kat blog k? ..Tak tau nape, asal pergi n asal nak balik dari Rawang ke Tanjung Karang (tempat orang kawin), aku mesti tido dalam kereta. Had tempat yang namanya Sekinchan, mesti aku tidur time tu...Ader curse kowt. Hahahahah :D


Haiihh...xde mood laa update blog.


P/S: Ape kene aku nih?( menggaru-garu kepale)