Hujung Minggu

0 comments

Saturday, December 11, 2010

Entry kali ni melalut ke Utopia.


Jam pukul 4:44..Cantik nombor tuh.. Bosan ! Walaupun, kerja bertimbun - timbun cam sampah yang x reti reti nak dibuang untuk jangka masa seminggu. +.+"


Camnilah aku tiap2 hujung minggu...2 orang rumates mesti chow balik rumah punye. So tinggal aku dengan rumate budak kelantan  yang sorang ni lah. If bosan, aku online game la.. Takpun , merajin - rajinkan diri ni bukak buku. Tengok, aku bosan sampai bukak buku. Hak. Gila gila.


Aku ni memang la hometown kat Rawang, tapi harammm....x balik2 jugak. Pk gak, balik untuk beberape jam je kot. Baik tak payah beb. Baik ko duk asrama, if de bende tak paham, ko tendang2 je la pintu membe ko. Pergi tanye pe yang patot. Siap boleh bergusti lagi. Ditambah dengan tarian poco poco.Not bad kan? hakhakhak. Tu blom masok gsip2 dari beautiul nara.com lagi. Aisey.. ><


Semenjak dua menjak ni, aku layan je lagu nie. Best tempo lagu dia. Pergi kelas pon ak bawak MP3 semata - mata nak dengar lagu nih. Asal ader chance sikit, ak open lagu ni. Lalalala ~





Susunan lagu dia memang cantik la aku cakap. Ader art. Tak macam lagu sekarang. Merapu -rapu. Takde mane la beb. 

"Aku mentari
Tapi tak menghangatkan mu
Aku pelangi
Tak memberi warna dihidupmu
Aku sang bulan

Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan "

Ha ! Kan cantik tu.


Merawang ke sana sini.

Perlu Ke Pendidikan Seks ?

1 comments

Friday, December 10, 2010

Aku rasa ini bukan entry lucah.. perlu ke pendidikan seks?

Sebelum tu aku nak tanya, dari mana korang belajar tentang sex? Siapa yang perkenalkan sex kat korang semua. Tipu la kalau nak cakap korang tido lepas tu tiba-tiba dapat hidayah dan esok terus tahu semua ilmu tentang sex.. grr..

Seyes ni aku tanya, dari mana korang belajar pasal seks?

Jadi sebelum korang pergi kursus kawin ke aku agak ramai yang dah tahu apa itu sex, apa itu tetek dan conec, apa itu hubungan 2 hala, apa itu melancap, apa itu penggunan timun dan terung.. apakejadah kaitan timun dan terung nih??? argh..

jadi dari mana korang tahu semua benda ni? Dari mana?

Dari mana aku tahu semua benda ni??? mesti korang nak tahu kan? Aku belum kawin lagi, kursus kawin lagi la tak pernah pergi. Nak cakap aku belajar dari kelas agama memang sah-sah la aku tipu..

"manusia memang ada perasaan ingin tahu yang tinggi" itu prinsip yang aku aplikasikan dalam kehidupan.

kalau ada pendidikan seks kat sekolah-sekolah korang pasti ke budak-budak tak bereksperimen dengan ilmu pendidikan sex ni? Kalau aku zaman sekolah eksperimen bedah katak, balik rumah aku ambik katak dan operate guna pisau lipat. seyes aku tak tipu.. Abis tu kalau budak-budak yang belajar pasal pendidikaan sex ni agak-agak diaorang balik rumah terus buat eksperimen seks ke?


Aku cakap pasal benda ni sebab hari ni da discussion pasal tajuk crime kat kelas. Next week discuss pasal sex education lak. Cet !

perlu ke pendidikan seks ni kat sekolah-sekolah? kalau takde pendidikan seks gerenti la budak-budak yang berperasaan ingin tahu yang kuat akan search guna google dan taip perkataan "seks".. Dan gerenti la diaorang tengok cerita lucah lepas tu.

Tiba-tiba aku teringat kat adik sedare ak yang darjah satu.. Beliau tanya "orang beranak keluar ikut punggung ke Wan?"

argh.. nak jawab salah, tak jawab salah.. dem dem..

=.="

Mahasiswa dan Politik ?

0 comments

Saturday, December 4, 2010

Politik

Al-siasah (politik) dalam bahasa Arab bererti menguruskan sesuatu urusan dan memperbaikinya. Apabila dikatakan Sasa al-amr, siyasat bererti ia melaksanakannya.

Sebenarnya politik adalah ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia mempunyai prinsip-prinsip dan disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya membentuk "ilmu politik".

Politik juga dikatakan kemahiran kerana ingin dalam realiti pelaksanaannya ia tidak mungkin terhad kepada semata-mata melaksanakan undang-undang yang bersifat teori dan tidak juga kepada pelaksanaan sebenar kekuasaan/kekuatan, malah ia menuntut kepakaran tertentu yang diperolehi melalui pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah praktikal tertentu.

Sistem politik pula ialah satu struktur yang mengatur hubungan antara pemimpin-pemimpin dan orang bawahan dan ia terbentuk daripada keseluruhan institusi yang mengatur masyarakat awam dan institusi yang mengatur kekuasaan.

Politik Kampus

Secara umum, politik kampus boleh didefinisikan melalui, Politik (policy); iaitu aktiviti-aktiviti dalam merangka kebijaksanaan potilik, kampus merupakan locus di mana aktiviti itu lahir dari, oleh dan untuk semua masyarakat kampus. Politik kampus merupakan usaha yang dilakukan mahasiswa dalam rangka mewujudkan kebijaksanaan masyarakat sesuai dengan nilai-nilai luhur demokrasi.

Politik mahasiswa merupakan satu juzuk dari juzuk-juzuk politik massa. Ia merupakan sebahagian dari nadi yang memancu perubahan samada dari sudut sosial mahupun ekonomi dan pemerintahan negara. Sejarah mencatatkan peranan mahasiswa didalam membentuk acuan baru cerminan politik sesebuah negara adalah penting dan dominan yang memungkinkan perubahan itu berlangsung.

Catatan sejarah, 1955 penggulingan Peron di Argentina, kejatuhan Peren Jimenez di Venezuela pada tahun 1958, Penentangan terhadap Diem di Vietnam pada tahun 1963, rusuhan massif melawan Perjanjian Keamanan Jepun-AS di Jepun pada 1963, gerakan anti-Soekarno pada tahun 1966, kejatuhan Ayub Khan di Pakistan pada tahun 1956, Revolusi Hongaria tahun 1956 juga gerakan pembebasan Cekoslavikia pada tahun 1968.*( Bergerak Bersama Rakyat ; 37 ) memberi kenyataan bahawa politik mahasiswa mempu mencatur perubahan.

Belajar sambil mencabar
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin
Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar - Prof. Ungku A. Aziz (1973)


Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Akta ini dipinda pada tahun 1975, 1995 dan 2008 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2009.

AUKU bukan sekadar membabitkan mahasiswa, malah pensyarah juga. AUKU juga bukan sekadar hal ehwal politik kampus saja, sebaliknya, ia adalah antara dasar utama tentang menjadikan universiti sebagai gedung ilmu dalam erti kata yang sebenar. (Saifuddin Abdullah, 2008)

Universiti mesti mengelak, seperti kata Noam Chomsky dalam bukunyaChomsky on MisEducation (2000), daripada tersilap-didik (miseducate) mahasiswa sehingga demokrasi diberi makna songsang, iaitu keputusan dibuat oleh pihak atasan dan mahasiswa hanya mengangguk saja kerana universiti memaksa ketaatan, menghalang pemikiran bebas dan terlalu mengawal.


Student Power

Kuasa mahasiswa atau kuasa pelajar yang selalu disebut orang dengan istilah ‘student power’ membawa satu pemaknaan yang cukup mendalam. Ini boleh difahami sebagai satu slogan yang mempunyai gagasan tertentu yang digerakkan oleh sekelompok yang bermanifestasi status seorang anak muda (baca:mahasiswa) mengarahkan kepada gerak idea-praktis dalam berinteraksi dengan khalayaknya.

Ia bukanlah slogan kosong. Ia merupakan slogan yang penuh bersinergi dan perlu diisi dengan gerak praktis. Dalam usaha menghidupkan slogan inilah, para mahasiswa terpaksa bertembung dengan khalayaknya seperti pihak kerajaan dan HEP.

Salah Tafsir

Masyarakat umumnya melihat, penyatuan Mahasiswa dan Politik merupakan satu kesalahan yang melanggar undang-undang universiti dan negara. Malah perkataan "politik" itu seakan-akan berhantu untuk digunakan kepada mahasiswa.

Keterlibatan mahasiswa dalam berpolitik sering ditafsirkan dengan penglibatan dalam parti politik luar seperti UMNO dan PAS. Bagi mereka yang bijak sedikit akan mengkaitkan dengan penglibatan dalam Pilihanraya Kampus untuk menjadi Majlis Perwakilan Pelajar.

Politik juga dianggap kotor dan tidak selayaknya dilibatkan dengan mahasiswa yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

Hakikatnya, pengertian politik adalah lebih meluas dan tidak hanya tertumpu kepada pilihan raya semata. Malah cara mahasiswa menguruskan aktiviti seharian juga merupakan satu politik.

Dalam satu kata-kata Almarhum bapak Mohammad Natsir, bahawa “pemimpin tidak lahir dibilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat”.


Politics is the art of looking for trouble, finding it whether it exists or not, diagnosing it incorrectly, and applying the wrong remedy.” – Ernest Benn


P/S : Thanks kepada :  
MOHD AINUDDIN BIN KHAIRUDDIN
Mahasiswa Jurusan Seni Bina
Fakulti Alam Bina
Univesiti Teknologi Malaysia

Zack !!!

0 comments

Wednesday, November 17, 2010

Aku la peminat fanatik yang ke 1104 Incik Zack punyer blog. Ini orangnye ------>




Segala entry yang dia buat memang tip top. Thumb up la wa cakap lu.hohoho..Tak kering gusi ak dibuatnye. Tapi, apa pasai dia tak update2 lagi nih ??? Haish..Lupe password pe?  
Ape2 pon, UR BLOG THE BEST LAH ! phewitt
Muahahahahaahahaha..

Speaking Biar Bebenor

0 comments
SILA KLIK UNTUK TUMBESARAN SIHAT WALAFIAT :)

I'm Back !!

0 comments

Tuesday, November 16, 2010

Lame sudah tak update blog. Hal ini demikian kerana laptop ku ader problem ma ~ Haish..
Xpe2, gini, minggu ni merupakan minggu terakhir aku stay kat rumah memandangkan 20 November ni aku
akan berangkat ke Shah Alam menyambung pengajian undang - undang untuk second semester. Doakanlah yang terbaik untuk Wan Zaleha Zain.Amin ! Sepanjang di rumah, aku cuma banyak menghabiskan masa menonton movie, buat revision sedikit untuk next semester ni dan membantu kakak ipar di kedai nya yang menjual shawl and baju. 


Malu nak cakap, tapi, itulah kebenaran. Duduk di rumah ni membuatkan ku semakin berisi laaa...Adeh...Tak sabar nak balik asrama supaya diriku tidak terus membulat.. Wakakakakaka...


Aku baru habis menjalani ujian MUET ( Malaysia University English Test ) Sabtu lalu di SMK Seksyen 19 Shah Alam. Ok la..Hopefully band 4 and above. Amin ! 



2 November yang lalu, result exam ku keluar..Alhamdulillah la tak seteruk yang ku sangka. Tak dapat dekan 
( 3.7 and above), Just dapat 3.33 only but for this 2nd semester, I will do my best. InsyaAllah. Moga Allah lancarkan pengajian aku. Amin ! :)))))))) Adoyai..I expect 3.5^ but it could be not my rezeki. Takpe2.


P/S : If satu subjek law tu aku tak dapat B+ but A-, maybe my whole poniter be A-. T_T..Huhu





Kau dan aku

0 comments

Thursday, October 21, 2010

i miss my friends :)

This post is dedicated to my beloved friends:
- Raihana
- Anis
- Su
- Atin 

This is a SHOUT  for all :  
KORANG TAW TAK WAN RINDU SANGAT2 KAT KORANG ?? !

Huhu, menggila sekejap.

To Anna, congrats for your exam result for this semester.

To Anis, good luck for your exam. I know you can do it. :)

To Su, same goes to you. Good luck. Result korang mesti gempak. Budak matrik katakan..

To Atin, good luck for the interview.



ANACONDA  :p

This is my friend sejakkkkkkk tadika. Alhamdulillah, dua2 dah besor ( takkan tak beso2 kowt, bodoh betul ! ). Ni le kawan ak yang suka gadoh, yang jatuh beskal akibat terlanggar pasu bunga di tepi jalan setelah ak merempit dari ats bukit, yang pakat ngan ak nak jadi detektif la kononnye, yang ikut ak pi ngintip tasik kat Kg. Permata (nama tempat kitorang) pastu lari lintang pukang sebab ada anjing, yang kalah teruk bila lawan badminton ngan ak, yang jadi cover ak bila ak terjerit jumpe ayam (ayam hidup, bukan ayam kepsi), yang suka sakat ak pasal Mr. Os ( citer dulu2), yang dongar ajolah bile ak citer pasal Naruto 24 kali sehari (p/s: ak peminat fanatik Naruto). Rumah kitorang takdela jauh mane pun, selang tiga buah rumah pastu lintas jalan raya, dah sampai. Sweet moment la bile ingat kembali mase kitorang kecik2 dulu. Tak sangka still contact ( memang le, rumah dekat. ape la..). Apepon, friend forever rite..? Yeah !
Do you remember ?
Equation chemistry: WAN + ANA = FRIEND FOREVER

ANIS a.k.a FERRARI

Yang pakai spek tu Anis. Di sebelahnyer adalah assistant beliau, Adhwa 
(Marah Adhwa kalo dye dapat taw nih). Anis, happening gurl sejak ak mengenalinye. Tingkatan 2 tak silap ak, first time kenal dye nih. Seorang yang humble. Fanatik gler dengan Korea. Jumpa orang Jepon, lagi la excited. Sekarang kat KMS, amek Sains Mati Hayat. Sekali dengan Suriati. Kalo x, ak pun join sekaki dengan diorang. Tapi, matric..alamak beb, x boleh bawak la. Lebih2 lagi jurusan yang ak dapat Sains Mati Hayat. Prefer Sains Mental Fizikal actually.Ok, balik ke pangkal jalan, korang ingat tak ader post yang ak ceritakan ader member datang tolong bagi semangat time ak down gler waktu latihan kawad kaki. Beliau lah tu. Kalo xde dye, dah lame ak chow balik rumah. Malas nak masuk kawad. Muahahahaha. Menci menci menci kawad !! Tet !! Nehhi !


SU SO SWEET


Suuu...miss you so much ! Tahniah for your CGPA for midsem !! Final mesti gempak lorh..Ingat lagi, kenal Su ni mase sekolah rendah. kat Sekolah Agama An - Nur tak silap. Simple je nak describe Su nih. Hehehe. Dye ni diam2 ubi berisi. Susah nak nampak marah. Banyak kali ak buat bende jahat nak tengok muka dye marah caner ( Jahat kan ak ? :P ) Tapi, kadang2 evil jugak dye nih. Ader jugak tanduk 2 rupanya. Thanks for all your lovely card for Hari Raya and op kos my Belated Day. So cute  ! Untuk video FRIEND kat fb pun i want to say a big terima kasih. Lovely. Bile la agaknye kita dapat jumpe lagi ek? Last jumpe mase Raya. T_T
SMS jangan cakap la. Haram..........Tak guna gak ader alat komunikasi. (Tachink lak ak nih. Pergh..).


FATIN DARLIE


Fatin a.k.a senyuman DARLIE. Pling3. Ni atin. Post yang lepas ader gambar dye. :) Suke kawan dengan Atin sebab dye pandai buat lawak. Dan tak banyak songeh. Contohnye, mase sekolah menengah dulu aku suka suruh dia buat sushi. Dia ni amat pandai memasak. Kalau berniaga mesti laku. Hehe. (Kalo dye bace entry ni mesti kembang kempis hidung dye. Muahahaha). Dia ni pun tak kurang hebatnye bershopping. Kaki jalan katakan. Kalau dengan aku pergi shopping mesti ngam la. Enjoy. Tak macam lelaki, sekejap je berjalan - jalan kat mall. Tengok jelah pon abang ak si Musa tu, kalo jalan - jalan ngan dye tak best. Nak cepattttttttttttttt jek. Baru nak pilih baju dah kate, " Wan, dah ke belom..? " Haish. Eh, citer pasal abang ak lak buat ape. Ok, Atin ni pon susah ak nak tengok dye marah. Segala bende yang berlaku dekat dye, dia enjoy je, cool je. Tapi, dye ni senang tachink. Especially bile tengok drama cinta Korea, sad ending la kononnye. Tambah lagi hero dye yang diorang kate cuuuuuuuuuuuuuuuuuuuute tu. Bagi ak, jambu la weh ~ Ngeeeeeeeeeeeeee. ;P Kecuali Rain ! Haha.