Bila Cakap Pasal Kaum Kan......

Monday, September 13, 2010

Apabila aku cakap soal kaum, ramai yang menganggap aku cuba untuk memperjuangkan kesamarataan di Malaysia. Itu merupakan persepsi orang terhadap aku. Tapi, kali ini aku cuba untuk menjauhkan entri ini daripada bercerita tentang hak. Kali ini, aku mahu menyentuh sedikit sebanyak tentang perkauman.

Acap kali aku mendengar pelbagai suara yang berbaur perkauman dalam kalangan masyarakat tidak kiralah kaum apa sekalipun. Kita membeza-bezakan antara satu sama lain. Ada yang cakap (ini merupakan apa yang aku dengar, bukan niat untuk membangkitkan isu) kaum Cina, dan India merupakan kaum pendatang, Melayu merupakan 'tuan rumah' di Malaysia, dan macam-macam lagi. Selain itu, kebanyakan orang Melayu telah dididik untuk mengatakan bahawa jika kaum lain diberikan apa yang mereka mahu, mereka akan memijak Melayu. Ada juga kaum lain yang di'suap' dari kecil dengan kata-kata "kita ini bukannya Melayu, kita kena berusaha lebih dari mereka."

Secara peribadi, bagi aku kenyataan-kenyataan sedemikian sebenarnya tidak relevan kerana hal tersebut hanya akan menimbulkan amarah kepada pihak yang lain. Tidak mustahil 'sesi pembalasan dendam' akan berlaku di kemudian hari. Selain itu, bukanlah salah kaum itu kerana dilahirkan di Malaysia. Bukan kehendak mereka pun. Dan bagi aku, tiada sesiapa merupakan pendatang dalam kes ini. Semuanya 'tuan rumah' (kecuali pelancong la).

Jadi, aku rasa lebih baik jika kita sebagai rakyat Malaysia tidak membeza-bezakan seseorang mengikut rumpun kaum. Hormat antara satu sama lain dan anggap sebagai sahabat. Sambil makan Mamee Sllrrrp bersama. Aku tak rasa itu salah. Dan yang paling penting sekali, cuba hapuskan konsep tuan dan pendatang tersebut.

0 comments:

Post a Comment