Tentang Kapitalisme

Monday, September 13, 2010

Tak lama dulu, Perdana Menteri mengumumkan pengurangan subsidi bagi gula, minyak dan sebagainya. Alasannnya ; tidak logik kerajaan habiskan berbillion-billion ringgit setahun untuk subsidi. Kesannya mungkin boleh menyebabkan Malaysia jatuh bankrup (Hasil analisa yang telah dijalankan oleh Dato' Seri Idris Jala).

Hal penarikbalikan subsidi ini mungkin memberikan impak positif kepada kewangan kerajaan. Tapi sejauh manakah impak positif kepada rakyat? Penarikbalikan subsidi bukan sahaja agak membebankan, malah ia akan menyebabkan kesan berangkai terhadap produk-produk lain. Golongan atasan mungkin tidak rasa akan perubahan ini, tapi golongan pertengahan dan miskin sudah pastinya tertekan.

Namun, ada perkara yang sedikit menghairankan aku. Sedang Jabatan Perbendaharaan Negara sibuk mengira cara untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan, tiba-tiba keluar berita bahawa cukai Buggy dimansuhkan. Paling aneh. Padahal semua kaki golf tu kaya raya.

Kemudian, timbul pula cerita pembinaan Istana Negara baru yang dengar ceritanya memakan kos sebanyak RM800 Juta. Tambah-tolak dengan jalan, jambatan semua tu, cecah RM1 Billion (belum masuk "salam keruk" lagi).

Tak cukup lawa lagi ke?

Then pastu, keluar pula surat khabar, "Belajar berdikari, bukan terima bantuan kebajikan semata-mata", kata PM (Link) yang sememangnya ditujukan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Jadi, proses lah sendiri maklumat-maklumat di atas. Kaitkannya dengan kapitalisme. Anda rasa Malaysia dah cukup kapitalis ke belum?

0 comments:

Post a Comment