Serumpun

Monday, September 13, 2010


"Ahli Parlimen Indonesia mahu Malaysia minta maaf" -Berita Harian

Dan jawapannya,

"Malaysia tidak akan meminta maaf" -Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman

Aku tak terkejut dengan kedua-dua kenyataan di atas. Seperti yang aku jangka.

Pada awalnya, aku tak faham mengenai isu ini. Mula-mula aku terkejut apabila aku membaca akhbar atas talian, bahawa Rakyat Indonesia merusuh dihadapan kedutaan Malaysia di Jakarta. Mereka membakar bendera Malaysia, melontar najis ke dalam kedutaan, dan sebagainya. Jadi, aku cuba mencari punca perkara ini berlaku. Aku percaya mereka bukannya merusuh tanpa sebab. Selepas aku google, aku dapati masalah ini berpunca daripada pencerobohan dua orang pegawai maritim Indonesia ke Perairan Malaysia.

Disebabkan oleh 3 orang pegawai ditangkap, mereka merusuh sebegitu rupa? Aku rasakan hal ini bukanlah satu-satunya isu yang mereka 'panas' terhadap Malaysia.

Aku berpendapat, peristiwa penangkapan 3 orang pegawai ini hanyalah satu alasan bagi mereka merusuh. Sebenarnya, rakyat Indonesia memang kurang berpuas hati dengan Malaysia dalam pelbagai perkara, Sejak konfrontasi dahulu. Dan aku juga berpendapat, ada pihak ketiga yang melakukan provokasi kepada rakyat Indonesia.

Jadi, kita tidak seharusnya melenting sehingga menyatakan pelbagai kenyataan-kenyataan yang kurang matang seperti perang, yang berbaur ancaman, dan sebagainya. Hal ini hanya akan menunjukkan Malaysia sebuah negara yang kurang demokratik. Pedulikan apa yang mereka lakukan. Takkanlah kita diberi tahi, kita mahu balas dengan tahi? Tidak bertamadun. Nabi dahulu pun tidak membalas buruk terhadap kaumnya. Siap berdoa lagi. Lebih baik kita balas dengan sesuatu yang lebih baik. Jadi, negara-negara lain akan lebih menyanjung Malaysia..

0 comments:

Post a Comment